Saturday, September 15, 2012

Koperasi Di Terengganu Disaran Ceburi Bidang Pelancongan Dan Petroleum

Lebih banyak koperasi di Terengganu disarankan menceburi bidang pelancongan dan petroleum yang dilihat antara bidang yang mampu menjana pendapatan tinggi di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata koperasi di negeri itu perlu mengambil peluang terhadap kedudukan Terengganu sebagai antara destinasi pelancongan utama di negara ini.


"Kita harap lebih banyak koperasi di Terengganu terlibat dalam aktiviti pelancongan seperti lawatan berpemandu dan inap desa kerana kita lihat aktiviti ini antara paling banyak menjana pendapatan.

"Kerajaan negeri juga sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Terengganu tahun depan dan koperasi perlu mengambil peluang terhadap usaha ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Koperasi Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau berkata koperasi di Terengganu disarankan menceburi bidang melibatkan petroleum kerana bidang itu merupakan antara industri utama dan berkembang pesat di negeri itu.

No comments:

Post a Comment