Thursday, September 6, 2012

Majikan Boleh Mohon Tunda Gaji Minimum RM900

Majikan di negeri ini yang belum bersedia atau berkemampuan melaksanakan perintah kadar gaji minimum RM900 untuk pekerja mereka boleh membuat permohonan penundaan.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri, Mohd. Azmi Muhammud berkata, permohonan perlu dibuat melalui Urus Setia Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) sebelum ia mula diwartakan pada tahun depan.


Katanya, semua permohonan mesti sampai sebelum 2 Oktober depan bagi majikan yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013 (mempunyai lebih daripada lima orang pekerja) manakala majikan yang dikuatkuasakan perintah pada 1 Julai 2013 (mempunyai kurang daripada lima pekerja) pada 2 April 2013.

"Mereka masih ada peluang untuk berbincang mengenai perkara ini bagi mendapatkan maklumat lebih jelas dan saya harap masa yang ada ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk membuat permohonan penundaan dengan menyatakan alasan yang kukuh.

No comments:

Post a Comment