Thursday, September 20, 2012

Muhyiddin Adakan Lawatan Sehari Ke Terengganu, Selasa


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Selasa depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

 Beliau berkata, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan bersama rakyat dalam majlis 'sembang petang' di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu.


Pada sebelah malam, Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual merasmikan seminar pendidik melibatkan pegawai pendidikan dari seluruh negara di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment