Tuesday, September 11, 2012

Pasukan Lumba Basikal Terengganu Cari Bakat Remaja Perempuan


Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) mengajak remaja perempuan di negeri ini menceburi sukan lumba basikal. Ketua jurulatihnya Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata persatuan itu sedang ketandusan pelumba wanita.

"Kita mempelawa lebih ramai para belia dan remaja perempuan menyertai sukan berbasikal bagi melahirkan lebih ramai jaguh basikal seperti atlet berbasikal trek kelahiran Hulu Terengganu, Fatehah Mustapa.


"Usaha untuk mencari dan mengesan atlet wanita akan diteruskan dari semasa ke semasa dan kita sangat mengharapkan penyertaan golongan ini bagi merancakkan arena berbasikal wanita negara," katanya.

Setakat ini hanya enam pelumba wanita yang bernaung di bawah persatuan tersebut yang kesemuanya merupakan pelapis negeri untuk Sukan Malaysia (Sukma).

No comments:

Post a Comment