Rata-rata pengguna kenderaan menyifatkan kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak RM0.30 kepada RM3 seliter berkuat kuasa tengah malam kelmarin tidak memberi kesan besar kepada bajet pengguna secara keseluruhan.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah stesen minyak di sini mendapati, ini kerana kebanyakan pengguna negara ini menggunakan petrol jenis RON 95 yang lebih murah iaitu RM1.90 seliter.
Seorang jurutera syarikat swasta, Mohd. Husni Che Ahmad, 26, berkata, kenderaan miliknya bukanlah jenis mewah yang memerlukan bahan api berkualiti tinggi seperti RON 97.
"Sebelum membeli kereta, saya sudah memikirkan kos bahan api dan sudah pasti saya pilih kenderaan yang menggunakan minyak RON 95. Saya yakin pengguna lain juga berbuat demikian," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.
No comments:
Post a Comment