Wednesday, September 19, 2012

Peserta Zamalah Kewartawanan Antarabangsa Akan Melawat Terengganu


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya (dua, kanan) beramah mesra pada Majlis MPI International Journalism Fellowship 2012 di Pusat Latihan MPI Jalan Bukit Ledang, KL. Turut hadir Editor Kumpulan pengurusan NSTP, Abdul Jalil Hamid (kanan) dan Ketua Kumpulan Koperasi, Komunikasi dan Perkhidmatan Pemasaran, Syed Anuar Syed Ali (tiga, kanan).
Institut Akhbar Malaysia (MPI) semalam  melancarkan zamalah kewartawanan antarabangsa kelimanya yang disertai 18 wartawan berusia bawah 30 tahun dari beberapa negara membangun.

Editor Urusan Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad Abdul Jalil Hamid merasmikan program empat minggu itu yang disertai 12 wartawan Malaysia dan masing-masing seorang dari Brunei Darussalam, Indonesia, Mongolia, Namibia, Sri Lanka dan Uzbekistan.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya berkata jurulatih media profesional, pengamal veteran dan ahli akademik dalam bidang berkenaan akan membantu peserta meningkatkan kemahiran berkaitan penulisan, temu bual, laporan penyiasatan dan laporan melibatkan pelbagai isu seperti agama serta konflik dan kewartawanan foto.

Katanya penceramah antarabangsa berpengalaman akan membantu mendedahkan peserta kepada pelbagai gaya penulisan berita dari seluruh dunia.

Selain ceramah, peserta juga akan dibawa melawat Terengganu dan Bukit Merah, Perak, untuk mendalami pengetahuan mereka tentang pelbagai ragam budaya yang terdapat di Malaysia, katanyaTiga

No comments:

Post a Comment