Mohd Shahrul Mat Amin |
Ketua Pegawai Eksekutif TSG Hadi Hassan berkata pada mesyuarat yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah itu, TSG mungkin menggugurkan beberapa pelumba yang prestasi mereka tidak memberangsangkan.
"Kita akan ganti (pelumba yang digugurkan) dengan pelumba baru memandangkan musim perlumbaan tahun depan akan bermula pada Februari.
"Mana-mana pelumba yang tidak membantu pasukan serta tidak berdisiplin akan digugurkan. Ini dinilai bukan sahaja ketika menyertai perlumbaan tetapi semasa latihan turut diambil kira," katanya semalam.
Beliau berkata pada perlumbaan musim depan, TSG akan menyenaraikan 14 pelumba berbanding 12 pelumba sekarang. TSG diwakili beberapa pelumba handalan negara antaranya Mohd Shahrul Mat Amin dan Hariff Salleh.
Seorang lagi pelumba terkemuka negara Anuar Manan yang kini mewakili Champion System, pernah mewakili TSG pada 2011.
Hadi berkata jurulatih yang berasal dari Itali, Sebastian Duclos akan dikekalkan memandangkan corak latihan beliau dilihat mampu meningkatkan prestasi pelumba.
Beliau berkata kontrak pelumba yang mewakili TSG sekarang akan berakhir pada 30 Sept ini dan kontrak baru kepada pelumba yang terpilih akan ditawarkan pada 1 Jan tahun depan.
"Tahun depan kami merancang membawa pelumba TSG berlatih di luar negara khususnya di Thailand untuk persiapan menghadapi Le Tour de Langkawi. Kita akan berlatih di sana sebelum musim perlumbaan tahun depan bermula," katanya.
No comments:
Post a Comment