Monday, September 10, 2012

SIARAM Bersekongkol Dengan Penyangak

George Soros bersama tunangnya, Tamiko Bolton di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini. 
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat (AS) adalah antara penyumbang dana terbesar kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berkata, siasatan masih di peringkat awal untuk memastikan penglibatan individu itu yang digelar penyangak mata wang ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama NGO berkenaan.

Ismail Sabri berkata, siasatan awal mendapati ada bukti berdasarkan dokumen perjanjian kedua-dua pihak dan pihaknya mendapati NGO terbabit salah satu daripada dua NGO berpangkalan di AS yang menjadi penyumbang dana terbesar Suaram.

“Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan e-mel antara kedua-dua pihak,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Rasah di Politeknik Nilai semalam.

No comments:

Post a Comment