Friday, September 7, 2012

Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu Ditunda Ke November

Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu yang dijadual bermula hari ini selama dua hari, ditunda ke November ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata keputusan itu berikutan tarikhnya terlalu dekat dengan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden ke-4 yang dijadual dari 20 hingga 23 Sept ini di Kedah.


"Disebabkan tarikh terlalu dekat, kebanyakan pasukan luar memberi tumpuan kepada kejohanan Piala Presiden," katanya semalam.

Mohd Shapian berkata kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu itu menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000.

Sementara itu, mengenai persiapan Terengganu ke kejohanan Piala Presiden, Mohd Shapian berkata PSTNT akan menjadikannya medan untuk mendedahkan pemain muda.

No comments:

Post a Comment