Friday, September 7, 2012

UMT Terima Kemasukan 2,298 Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kemasukan 2,298 pelajar dalam 26 program ijazah sarjana muda untuk sesi Sept 2012/2013.

UMT kini mempunyai 7,738 pelajar dan 26 program ijazah sarjana muda dan satu diploma iaitu dalam bidang perikanan.

Naib Canselor UMT Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata daripada jumlah itu, sejumlah 1,677 adalah pelajar wanita.

"Sebanyak 1,468 pelajar memilih aliran Sains dan selebihnya aliran Sains Sosial. Saya dapati ada empat pelajar yang mempunyai CGPA 4.0 memilih UMT sebagai pilihan pertama.

"Isu ini penting kerana kalau kita mahu hasil yang cemerlang, pelajar yang masuk juga kena cemerlang.

Seeloknya pelajar yang masuk juga memilih UMT sebagai pilihan pertama mereka.

"Jadi, mungkin pada masa akan datang, saya akan gunakan pilihan pertama pelajar dan juga purata CGPA untuk setiap fakulti sebagai KPI (indeks prestasi utama) bagi UMT.

Kita mahu lihat peningkatan minat pelajar yang baik untuk datang ke sini," katanya kepada Bernama selepas majlis ikrar pelajar baru.


No comments:

Post a Comment