Ketua
Pengarah Rela Datuk Mustafa Ibrahim menyampaikan hamper kepada seorang peneroka.
|
Ketua Pengarah RELA, Datuk Mustafa Ibrahim, berkata tugasan itu memberi peluang anggota pasukan berkenaan memperoleh elaun antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.
Katanya, kerajaan akan membelanjakan RM7.2 juta setahun untuk membayar elaun kepada anggota yang terbabit dalam tugasan yang diarahkan.
“Anggota RELA yang sebahagian besar tiada kelulusan akademik tinggi, mampu memperoleh elaun lebih RM1,000 sebulan dengan menjalankan tugas rondaan bersama pasukan keselamatan dan polis. Malah, mereka juga diberi perlindungan insurans hayat sehingga RM40,000 jika meninggal dunia ketika menjalankan tugas rasmi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Khidmat Komuniti RELA di FELDA Selasih, di Besut semalam.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali; Pengarah RELA negeri, Ahmad Wahab dan Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu, Abd Malib Abd Rani. Mustafa berkata, minat rakyat untuk menyertai RELA kini semakin meningkat apabila keanggotaannya mencapai dua juta berbanding 530,000 pada 2008, peningkatan tiga kali ganda dan menunjukkan pasukan sukarelawan keselamatan itu kini semakin mendapat tempat.
"Daripada dua juta anggota, 5,934 orang adalah peneroka FELDA dan kita berharap lebih ramai lagi peneroka menyertai pasukan ini,” katanya sambil turut mengingatkan anggota RELA membuat perubahan sikap dan semangat serta bersedia menjalankan tugas bila-bila masa selaras transformasi pasukan itu yang dilaksanakan kerajaan.
No comments:
Post a Comment