Monday, September 3, 2012

Siapa 'Pengkhianat' Dalam Skuad Bolasepak Terengganu?


 

Kontroversi landa Skuad Penyu bertimpa-timpa. Selepas penggendali Skud Penyu, Peter James Butler bertelagah dengan wartawan, penjaga gol Terengganu, Ahmad Sharbinee Allawee Ramli dilaporkan ‘pengsan’ ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang.

Kemudian, isu menggemparkan bolasepak sepak Terengganu dan Malaysia amnya meledak apabila Butler mendedahkan kononnya Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha’ari didapati membawa balik wanita ke bilik hotel ketika Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pertengahan minggu lalu.

Kini timbul pula kes Butler dengan Shabrinee apabila jurulatih dari England itu mengatakan penjaga gol itu tidak akan berada dalam kesebelasan utamanya lagi selepas ini.

Ikuti ANALISIS TEGANUKU bertajuk ‘Skuad Penyu Perlukan Personaliti Setia & Berdisiplin, Bukan 'Pengkhianat' hari ini.

No comments:

Post a Comment