Sunday, September 23, 2012

Ubat Tiruan Guna Jenama Tulen Berleluasa Merebak Ke Malaysia


Pelbagai jenis ubat tiruan yang dijual di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Penjualan ubat-ubatan tiruan tetapi menggunakan jenama tulen yang dipercayai berleluasa di seluruh dunia kini amat membimbangkan apabila ia turut merebak di Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jualan ubat palsu kini melebihi RM230 bilion, manakala Kementerian Kesihatan pula mengakui penjualan ubatan yang menjejaskan kesihatan pengguna itu turut semakin berleluasa.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata, setakat ini pihaknya telah merampas ubat tiruan tidak berdaftar bernilai RM9.2 juta.

Kebanyakan ubat tersebut dibawa masuk dari China dan Indonesia. Menurutnya, lebih menakutkan, produk yang dirampas itu meliputi 23,839 jenis produk ubat tiruan dari seluruh negara sehingga Julai tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, ubat perangsang seks dikenal pasti merupakan penyumbang terbesar dengan nilai rampasan berjumlah RM642,209 meliputi 1,069 jenis produk.

Katanya, senario itu berpunca daripada sikap pengguna yang gemar membeli produk murah sehingga meningkatkan penawaran produk berkenaan di pasaran.

"Trend penggunaan ubat perangsang dilihat semakin membimbangkan kerana masih ramai yang bergantung kepadanya. "Situasi ini turut menjadi bukti kedegilan pengguna yang enggan mendapatkan nasihat doktor apabila berhadapan dengan masalah yang membabitkan kesihatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Beliau bagaimanapun memberitahu, setakat ini, tiada laporan membabitkan kes kematian yang dibuat berkenaan ubat palsu atau tidak berdaftar ini.

"Untuk mengekang penjualan ubat palsu atau tidak berdaftar ini daripada terus berleluasa, pelbagai langkah dijalankan termasuk kempen pendidikan kepada pengguna," jelasnya.

Sementara itu, Pakar Seksual Lelaki dan Perempuan Hospital Damai Service, Dr. Ismail Tambi berkata, pengambilan ubat perangsang seks yang tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan komplikasi kesihatan termasuk mengundang maut.

Katanya, kebanyakan ubat tersebut biasanya mengandungi sukatan bahan kimia berlebihan dos sekali gus boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk pelaburan yang lebih besar? Pinjaman untuk pengembangan perniagaan? Pinjaman untuk pelaburan baru? Pinjaman untuk membayar hutang dan bil jangka panjang. Tidak perlu lagi, kami adalah pemberi pinjaman bersama bank dan menjamin tawaran yang telus. Kami menawarkan pinjaman faedah 2% tanpa cagaran dan Kami berada di sini untuk meletakkan dan menamatkan kemiskinan dan pengangguran, kerana semua orang mempunyai potensi sendiri. Hubungi kami hari ini melalui E-mel kami: gloryloanfirm@gmail.com dan isikan borang pinjaman tje di bawah

    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGARA ===========
    ALAMAT: ===========
    JENIS GARIS PANDUAN: ===========
    JUMLAH YANG DIPERLUKAN: ===========
    TIME DURATION: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Hubungi e-mel kami: gloryloanfirm@mail.com
    Nota: Tiada apa-apa bayaran cukai dan yuran pendaftaran, sila memohon pinjaman mudah!!

    ReplyDelete