Wednesday, October 31, 2012

2 Samseng Kes Pukul Guru Di Masjid Kayu Besut Tampil Serah Diri

Imbas Kembali...kenyataan K Manoharan yang disiarkan Teganuku mengenai usaha polis buru samseng 3 beradik berkenaan.
Dua samseng yang terlibat dalam beberapa kes jenayah kekerasan mendatangkan kecederaan di Besut tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata kedua-dua adik-beradik berumur 39 dan 47 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 3.30 petang selepas seorang lagi adik mereka yang berusia 34 tahun ditahan awal pagi Ahad lalu.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan ini dikehendaki oleh polis kerana terlibat dalam kes mengugut serta memukul seorang guru sehingga mendatangkan kecederaan pada Ogos lalu


"Guru lelaki itu diserang selepas mangsa tersebut menegur dan menampar kanak-kanak yang membuat membuat bising dalam masjid kayu di Besut.

"Polis berjaya menahan adiknya kira-kira pukul 4.30 pagi di kediaman mertuanya di Kampung Kuala Besut, Besut dan ekoran daripada penahanan itu, dua lagi abangnya tampil menyerah diri," katanya semalam.

No comments:

Post a Comment