Penjaga gol utama Pahang, Muhd Azraei Wan Teh akan beralih angin ke Terengganu.
Menurut laporan, Pahang ternyata bersemangat apabila melakukan perubahan dalam barisan pemain dengan mendapatkan khidmat dua pemain Selangor dan seorang pemain Perak bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Tiga pemain terbabit adalah sebilangan pemain yang akan mengisi kekosongan skuad Tok Gajah yang sebelum ini menggugurkan lapan pemain termasuk dua pemain import mereka.
Menurut sumber, mereka ialah Mohd Amirul Hadi Zainal dan Mohd Razman Roslan yang beraksi bersama Red Giants serta penjaga gol Perak, Mohd Nasril Nourdin.
Kehadiran Mohd Nasril yang juga bekas penjaga gol kebangsaan itu diyakini mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Muhd Azraei.
Kehadiran tiga pemain berkenaan dijangka membantu memperkemaskan lagi jentera tengah pasukan itu termasuk benteng terakhir skuad Tok Gajah.
Setakat ini, hanya mereka yang berminat untuk menyarung jersi skuad Pahang dan berharap kehadiran mereka dapat membantu untuk mencipta kejayaan bermakna musim depan, katanya semalam.
No comments:
Post a Comment