Tuesday, October 9, 2012

9 Ekor Tikus Sudah Dijual Kepada MBKT

Sebanyak sembilan ekor tikus sudah dijual oleh penduduk kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mulai semalam.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagangberkata lima kawasan disediakan untuk penduduk menjual tikus iaitu di Pasar Borong Kampung Gong Pauh, Pasar Chabang Tiga, Dewan Tunku Abdul Rahman, MBKT Cawangan Utara dan Padang Negara antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

"Kempen ini kita sudah mulakan mulai semalam (kelmarin) dan sehingga hari ini (semalam), sebanyak sembilan ekor tikus telah kita beli RM2 seekor daripada penduduk. Tikus yang kita beli itu akan ditandakan bagi menggelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan.

"Kempen ini kita buat bagi menghapuskan haiwan perosak ini dan kita akan buat sehingga tiada lagi tikus dijual kepada kita," kata Adzlan  kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Namun tidak dinyatakan sama ada tikus yang dijual itu masih hidup atau telah mati.

Beliau mengulas mengenai perkembangan kempen MBKT untuk menghapus haiwan tersebut daripada mencemar kebersihan bandar raya ini sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Terengganu tahun depan.


No comments:

Post a Comment