Monday, October 1, 2012

Bakat Muda PLBNT Tunjuk Prestasi Memberangsangkan

Bakat muda sukan berbasikal Terengganu menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan memenangi dua emas, satu perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Sportexcel yang berlangsung di Velodrom Cheras, bermula Jumaat lepas.

Ketua Jurulatih Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT), Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata dalam kejohanan itu, enam pelumba muda beraksi dengan cemerlang ketika bersaing dengan pelumba lain yang lebih berpengalaman.


"Rata-rata pelumba belasan tahun yang diketengah itu merupakan muka baru dan pertama kali dihantar untuk menyertai kejohanan seperti ini.

Saya berpuas hati dan terkejut dengan pencapaian yang ditunjukkan skuad ini," katanya semalam.

Menurut beliau kejayaan pelumba itu hasil daripada komitmen serta latihan intensif para pelumba yang rata-ratanya masih belajar.

Beliau berkata PLBNT mengetengahkan muka baru untuk memberi pendedahkan kepada para pelumba sebelum menyertai kejohanan yang lebih berprestij.

Katanya kejohanan seperti itu merupakan medan bagi pihak persatuan menilai prestasi setiap pelumba dan seterusnya memperbaiki kelemahan mereka.

"Saya harap kesemua atlet pelapis negeri ini mampu mengekalkan momentum serta prestasi supaya bakat mereka terus berkembang untuk menyertai kejohanan lain selepas ini," katanya.

No comments:

Post a Comment