Monday, October 22, 2012

BN Janji Wujudkan Kesejahteraan & Kemakmuran Untuk Rakyat Terengganu


 BN tidak sesekali-kali akan menabur janji kosong yang tidak dapat ditepati demi menarik perhatian rakyat kerana manifesto adalah janji yang perlu ditunaikan sekiranya, rakyat memberi mandat kepada BN." 
- Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ahmad Said

Analisis Hambali Abdul Latiff

 Jika dikaji kepada ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada peramian Bengkel Sub Manisfesto Barisan Nasional (BN) di Kuala Terengganu kelmarin, ada dua elemen penting manifesto BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pertama, sub manifesto BN akan dibuat berasaskan kemampuan atau perkara-perkara yang boleh dilaksanakan, bukan sesuatu bersifat janji kosong dan impian semata-mata.

Ini bermakna sub manifesto BN yang dibentangkan kepada rakyat Terengganu adalah sesuatu yang berpijak di bumi nyata berasaskan pendapatan daripada sumber negeri sama ada melalui perkhidmatan, pelaburan asing dan tempatan, cukai serta juga sumbangan Kerajaan Pusat.

Kedua, sub manifesto BN akan memfokuskan pembangunan yang menguntungkan dan memberi kesenangan kepada rakyat dengan meletakkan kepentingan dan pembangunan yang mendahulukan rakyat.

Sudah pasti pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan akan menjadi fokus utama dengan menawarkan perkara-perkara yang boleh mensejahtera serta memakmurkan suasana politik dan ekonomi negeri ini.

Oleh kerana apa yang ditawarkan kepada rakyat berdasarkan kemampuan sebenar kerajaan negeri, semestinya setiap perkara yang akan menjadi butir sub manifesto ialah suatu janji yang mampu untuk ditepati. Ahmad Said yang juga Menteri Besar menegaskan pada perasmian bengkel berkenaan mengatakan dengan jelas bahawa “…manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) berdasarkan kemampuan yang kita ada, kita yakin ia dapat ditunaikan dalam usaha 'merakyatkan pembangunan'.”

Malah dengan tegas beliau turut menegaskan, “BN tidak sesekali-kali akan menabur janji kosong yang tidak dapat ditepati demi menarik perhatian rakyat kerana manifesto adalah janji yang perlu ditunaikan sekiranya, rakyat memberi mandat kepada BN."

Jadi apakah bentuk kesejahteraan dan kemakmuran yang akan ditawarkan kepada rakyat negeri ini?


Satu perkara asas yang perlu difahami oleh rakyat dan tidak ternilai harganya ialah keamanan dan kestabilan politik yang dikecapi oleh seluruh rakyat Terengganu ketika ini.

Jadi, jika BN menawarkan janji untuk menjamin wujud keamanan di negeri ini, ia bukan suatu janji yang tidak boleh dilaksanakan kerana sejak 55 tahun lalu, BN yang dulunya Perikatan sudah membuktikan bahawa ia mampu memenuhi hasrat dan impian rakyat untuk mengecapi suasana aman dan damai di bumi tercinta ini.

Dengan suasana yang aman dan rakyat bebas bergerak untuk mencari rezeki dan menjalani kehidupan yang bebas – bebas bergerak, bebas bersuara, bebas berpolitik, bebas mendapatkan hak asasi serta bebas mengamalkan agama masing-masing – pastinya mutu kehidupan semua kaum di negeri ini kekal terjamin.

Suasana ini membolehkan kerajaan negeri menawarkan perkhidmatan dan pembangunan yang sebaik-baiknya untuk rakyat agar wujud keseimbangan antara mereka selain keseimbangan pembangunan antara daerah.

Menteri Besar sering menekankan bahawa dalam menyediakan pembangunan untuk rakyat, keperluan asas multak menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Ia membabitkan perkara-perkara seperti makanan yang mencukupi, rumah, pekerjaan, bekalan air bersih, kesihatan, pendidikan, suasana ceria serta bebas mengamalkan agama.

Jadi tidak hairanlah kalau kerajaan negeri berjanji untuk mewujudkan 10,000 Rumah Mampu Milik melalui Suruhanjaya Perumahan Negeri (SPAN) dengan menawarkan juga skim pinjaman mudah untuk rakyat membina sendiri rumah di atas tanah yang mereka miliki.


Rekod kerajaan negeri tidak mampu disanggah oleh sesiapa khususnya pembangkang apabila kerajaan negeri kini sedang menyiapkan 10,000 rumah mampu milik sejak 2009.

Tumpuan diberikan di kawasan bandar khususnya Kuala Terengganu seperti di DUN Wakaf Mempelam, Manir, Batu Burok serta juga Ladang.

Selain itu beberapa kawasan pertumbuhan baru di Marang, Kemaman, Besut dan Dungun juga akan diberikan perhatian. Kerajaan BN akan menjual rumah kepada rakyat pada harga selepas subsidi. Matlamatnya ialah rakyat Terengganu memiliki rumah.

Kerajaan komited menjayakan Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu yang akan ditambah peruntukannya daripada permulaan RM50 Juta yang membuktikan Kerajaan sangat prihatin kepada keperluan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dari segi mendapat kemudahan rumah.

Bagi menjamin rakyat merasai kemakmuran bersama, isu kemiskinan perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh khususnya dalam mengurangkan kemiskinan tegar selain mewujudkan pelbagai program bagi menjana pendapatan isi rumah melebihi RM1,500 bagi bandar dan RM1,000 bagi luar bandar.

Kerajaan Negeri komited meneruskan dasar membasmi kemiskinan tegar secara konsisten.

Pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan Terengganu berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sehingga 29 peratus daripada lebih 42,000 rakyat yang dikategorikan miskin.

Kini seramai 12,000 rakyat negeri Terengganu berjaya keluar daripada garis kemiskinan hasil bantuan pelbagai program kerajaan, khasnya program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

Berdasarkan rekod Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) pada 2008, lebih 42,000 rakyat dikategori sebagai miskin dan mudah miskin.

Yang pasti, kerajaan negeri akan terus berusaha membantu kira-kira 30,000 rakyat yang dikategorikan dalam kumpulan miskin dengan pendapatan bulanan isi rumah bawah RM1,500 bagi kawasan bandar dan RM1,000 bagi kawasan luar bandar.

Soal penting yang turut ditekankan ialah Kerajaan Negeri akan terus mengagihkan tanah melalui keluluasan Mesyuarat Exco untuk tapak perumahan dan pertanian.


Kerajaan negeri mengamalkan dasar `pendekmorasian tanah’ kepada rakyat Terengganu yang layak supaya mereka memiliki satu lot tanah pemberian kerajaan bagi setiap ketua keluarga.

Dalam konteks 'pendemokrasian tanah' ini, Ahmad Said menegaskan,  peraturanmenetapkan setiap rakyat Terengganu yang sudah memiliki tanah dan mampu membelinya sendiri tidak dibenarkan lagi untuk memohon tanah kerajaan bagi memberi peluang kepada rakyat yang tidak berkemampuan

Keutamaan ialah kepada rakyat yang belum mempunyai tanah atau mereka yang mahu membina rumah di atas tanah berkenaan.

Sehingga 15 April 2012, kerajaan negeri meluluskan 14, 595 lot tanah kepada 14,595 rakyat di negeri ini sejak 2008. Daripada jumlah itu 5,166 lot merupakan tanah pertanian membabitkan 5,166 pemohon manakala tanah tapak rumah (9,429 lot) kepada 9,429 pemohon di seluruh negeri.

Apa yang dilakukan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu ialah tidak pernah berlaku sebelum ini, kerajaan berjaya meluluskan sebegitu banyak permohonan tanah dalam tempoh yang amat singkat.


Jika mengikut daerah, Besut sebanyak 2,319 lot membabitkan 2319 pemohon (tanah pertanian 1,186 lot dan tapak rumah 1,133 lot). Daerah Dungun sebanyak 3065 lot untuk 3065 orang pemohon yang berjaya iaitu lot pertanian (131) dan tapak rumah (2934), Hulu Terengganu 3141 lot kepada 3141 pemohon iaitu lot pertanian (2,229) tapak rumah (915) dan Kemaman sebanyak 2, 517 lot iaitu tanah pertanian (640 lot) dan tapak rumah (1,877 lot).

Daerah Kuala Terengganu sebanyak 1411 lot iaitu tanah pertanian (78 lot) dan tapak rumah (1333 lot), Marang sebanyak 421 lot iaitu tanah pertanian (56 lot) dan tapak rumah (365 lot) serta Setiu sebanyak 1643 lot iaitu tanah pertanian (771 lot) dan tapak rumah (872 lot).

Melalui kelulusan itu bererti seramai 14,595 rakyat di negeri ini berjaya memiliki tapak pertanian dan tapak rumah dalam tempoh empat tahun dan ini membuktikan kejayaan kesungguhan kerajaan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

Bersambung

No comments:

Post a Comment