Monday, October 22, 2012
Jangan Pertaruhkan Masa Depan Negara Dengan Janji Kosong PR – PM
"Sekejap bulan, sekejap roket, atau simbol mata. Macam mana kita mahu beri keyakinan kepada rakyat.
"Parti yang bertanding dalam pilihan raya atas simbol berlainan tanpa satu manifesto tidak ada dasar yang sama untuk mentadbir negara kita. Bolehkah kita ambil risiko dan gadai masa depan kita?," katanya ketika merasmikan perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA Kuala Lumpur, semalam.
Najib berkata ada orang berkata tidak apa untuk memberi peluang kepada PR memerintah selama satu penggal dan mereka boleh menukar kembali kerajaan sedia ada pada pilihan raya seterusnya jika mereka tidak berpuas hati.
"Jangan kata lima tahun, dalam tempoh setahun pun negara ini boleh hancur dan merudum," katanya.
Justeru, beliau mencabar DAP meletakkan calon mereka di kerusi yang majoritinya orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
"Adakah DAP sebuah parti pelbagai kaum? Saya cabar mereka letakkan calon di kerusi yang majoritinya orang Melayu. Orang Melayu sudah bosan dengan DAP," katanya.
No comments:
Post a Comment