Tuesday, October 23, 2012

PLBT Komited Cungkil Bakat Baru Pelumba Wanita Di Terengganu

Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) komited mencungkil bakat baru khususnya pelumba wanita untuk melahirkan lebih ramai jaguh lumba basikal trek negara.

Jurulatihnya Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan di Kuala Terengganu, semalam  berkata setakat ini, hanya enam pelumba wanita bernaung di bawah PLBT yang juga merupakan pelapis negeri untuk Sukan Malaysia (Sukma).

Menurut Syed Mohd kesinambungan melahirkan bakat pelumba wanita itu harus diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan negara tidak ketandusan atlet lumba basikal wanita.

Justeru, katanya PLBT turut melakukan program pencarian bakat baru dengan menjelajah ke kawasan pedalaman di daerah sekitar Terengganu.

No comments:

Post a Comment