Tuesday, October 16, 2012

Firefly Akan Mulakan Kembali Penerbangan KIT-Singapura


Firefly Sdn Bhd sentiasa terbuka kepada kemungkinan meluaskan perkhidmatannya antara Singapura dan Sabah dan Sarawak dan memulakan kembali penerbangan antara negara ini dan Terengganu.

"Pilihan kami sentiasa terbuka dan pada masa yang sama, kami mengikuti secara rapat perkembangan industri untuk memastikan yang kami akan menembusi kepada pertumbuhan mapan masa depan, sekali gus meningkatkan standard persekitaran," kata ketua pegawai eksekutifnya, Ignatius Ong.

Beliau berkata Firefly akan sentiasa mencari destinasi baharu dan menarik dan paling penting yang membawa keuntungan kepada syarikat dan lebih suka berkembang secara organik, seiring dengan wawasan syarikat induknya, Malaysia Airlines.

"Selain daripada itu, kami mesti melihat kepada rangkaian pesawat yang kami ada pada masa ini untuk memastikan kami mempunyai peralatan yang betul dengan rangkaian yang sesuai untuk memberikan perkhidmatan kepada destinasi berpotensi kami," kata beliau di Singapura semalam.

Ong berkata pada masa ini, rangkaian ATR syarikat tidak membenarkannya berulang-alik destinasi Sabah dan Sarawak.

 Beliau berkata Firefly sentiasa mengkaji dan menyemak kembali rangkaiannya bagi memastikan penggunaan optimum aset-asetnya.

No comments:

Post a Comment