Mohd Amirul (dua dari kiri) dengan rakan pasukan Terengganu pada satu kejohanan di Kuala Lumpur. |
Ketua jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT), Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata pelumba berusia 20 tahun itu menjadi taruhan untuk memperbaiki ranking kedua yang dicapai pada kejohanan sama sebelum ini.
Bagi merealisasikan impian itu, katanya, PLBT turut menyenaraikan tiga lagi pelumba berbakat -- Yuzrizal Mohd Yousuf, Mohd Fahmi Irfan dan Che Ku Wafiuddin Che Zuki -- bagi membantu Mohd Amirul menggalas misi itu.
Selain empat pelumba itu, PLBT akan turut menghantar empat pelumba pelapis ke kejohanan itu, katanya di Terengganu hari ini.
Mereka ialah Mohd Iskandar Fitri Ahmad Sabti dan Mohd Syazwan Zaidi bagi ketegori bawah 18 tahun manakala Hafiz Huzni Othman dan Mohd Shahrul Arfan Rosdi akan bersaing bagi kategori bawah 16 tahun.
No comments:
Post a Comment