Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.
Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.
Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penglibatan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat menerusi PVR bakal dilaksanakan menerusi fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah.
"Saya akan lantik anggota PVR di kalangan guru-guru sekolah.
Bila pergi ke sekolah mereka akan pakai uniform polis. Kita mahu masyarakat bekerjasama dengan polis.
Bukan susah pun, bukan nak suruh tangkap orang. Mereka hanya perlu pakai uniform kerana penampilan beruniform memberi kesan yang besar terutama bagi mencegah jenayah," katanya menerusi wawancara eksklusif di Kuala Khamis.
mStar
No comments:
Post a Comment