Pusat perubatan pakar milik kerajaan Terengganu, I-Heal Medical Centre kini melebarkan sayap perkhidmatan untuk anggota pentadbiran Palembang, khususnya untuk rawatan penyakit jantung.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata perkara itu dicapai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani I-Heal dengan Datuk Bandar Kota Palembang, di Indonesia semalam
Menerusi MoU ini, anggota pemerintahan Palembang boleh mendapatkan rawatan lanjut berkaitan jantung dengan lebih cepat dan rawatan mereka dibiaya pemerintah Palembang, katanyapada sidang media, di Kuala Terengganu, semalam
"Ini adalah MoU yang pertama dan kita akan memperluaskan lagi perjanjian seumpama ini di kota dan daerah yang lain kerana penduduk Indonesia yang ramai pasti mahukan rawatan dari pusat perubatan terbaik," katanya yang ditemui selepas merasmikan majlis khatam al-Quran dan penyampaian anugerah kecemerlangan untuk Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).
Katanya Mou itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif I-Heal Dr David Khoo Sin Keat dan Wali Kota (Datuk Bandar) Kota Palembang Eddy Santana.
No comments:
Post a Comment