Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM) akan mengadakan Persidangan Industri Sarang Burung Walit (EBNIC) di Putrajaya pada 26 Nov.
Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan, hubungi 03-89437572 atau 03-89418070.
Tarikh tutup penyertaan 30 Okt.
Persidangan itu diadakan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sempena Pameran Pertanian Holtikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2012 dari 23 Nov hingga 2 Dis ini di Serdang, Selangor.
Presiden PPSBM Datuk Tok Teng Sai berkata persidangan itu antara lain akan membincangkan mengenai isu semasa, cabaran, kualiti dan kebersihan, promosi serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) industri itu.
Bagi yang berminat menyertai persidangan itu, bayaran RM450 akan dikenakan kepada individu atau syarikat dan RM250 untuk pelajar, katanyasemalam.
No comments:
Post a Comment