Monday, October 22, 2012

Masjid Gong Tok Nasek Bakal Jadi Mercu Tanda Baru

Imbas kembali...Menteri Besar menunaikan solat terawihdi masjid Tok Nasek pada Ramadan  lalu.
Masjid Kampung Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu yang dibina dengan konsep moden kontemporari bernilai RM6 juta bakal menjadi mercu tanda baharu di Kuala Terengganu.

Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu Mohd Ariffin Jusoh berkata masjid itu adalah yang pertama dibina dengan konsep moden menggunakan kombinasi reka bentuk beberapa masjid di Singapura serta Brunei dan dijangka siap menjelang 2014


"Pembinaan masjid yang dilengkapi kemudahan pejabat pengurusan, kelas pengajian dan bilik penginapan untuk para musafir itu diharap dapat menarik kedatangan lebih ramai pengunjung untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti masyarakat," katanya.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas merasmikan Program Generasi Cinta Masjid di Kuala Terengganu, semalam.

Seramai 260 pelajar tingkatan enam dari 13 buah sekolah menengah di daerah ini menyertai program itu yang bertujuan memberi penerangan kepada kalangan remaja mengenai akidah dan pengimarahan masjid.

No comments:

Post a Comment