Hanya 300 daripada 4,000 orang cacat penglihatan di negeri ini berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Terengganu.
Pengerusinya, Mohammad Abdul Nasir Malek berkata, tahap kesedaran dalam kalangan keluarga tentang peluang membina keupayaan untuk berdikari termasuk kemahiran asas membaca mengunakan Braille masih rendah.
Katanya, SBM Terengganu akan meningkatkan program turun padang melalui penganjuran Jejak Orang Buta (JOB) di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai golongan itu mendaftar sebagai ahli di bawah pertubuhan tersebut.
"Sejak 2008, kita telah mengadakan program seumpama ini dan melaluinya dapat menambah ahli sekali ganda, jadi program yang dianjurkan ini merupakan platform terbaik untuk mengesan mereka," ujarnya.
No comments:
Post a Comment