Thursday, October 18, 2012

JPJ Terengganu Buka 14 Kaunter Pelbagai Fungsi


Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) Terengganu membuka 14 buah kaunter pelbagai fungsi di pejabat negeri di sini bagi membolehkan pelanggan melakukan urusan mereka dengan mudah dan cepat.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata kaunter pelbagai fungsi itu pertama kali diperkenalkan di pejabat JPJ di kawasan pantai timur bagi meningkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Sebelum ini, orang ramai terpaksa berurusan dengan kaunter berasingan antaranya untuk urusan lesen memandu, cukai jalan, tukar hak milik kenderaan, dan memperbaharui lesen memandu vokasional bagi kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan barangan.

'Sebelum ini, orang ramai sering merungut kerana terpaksa mengambil dua nombor giliran bagi memperbaharui lesen memandu cukai jalan.

"Kini mereka hanya mengambil satu nombor giliran untuk dua urusan di satu kaunter," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kaunter pelbagai fungsi di pejabat JPJ Negeri, di Kuala Terengganu, semalam.

Abdul Rahman berkata bagaimanapun pembayaran saman perlu mengunakkan kaunter sedia ada di bahagian penguatkuasa.

Bagi rekod, seramai 138,883 pelanggan berurusan dengan JPJ Terengganu dari tempoh Januari hingga September tahun ini dengan purata 15,431 orang sebulan.

No comments:

Post a Comment