Thursday, October 18, 2012

TRW 'Lupakan" Norfarhan, FAM Tolak Rayuan Kelantan


The Red Warriors (TRW) terpaksa melupakan khidmat Norfarhan Muhammad pada final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Norfarhan tidak dapat beraksi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Selain Norfarhan, Kelantan turut kehilangan khidmat seorang lagi penyerang sensasi, Mohamad Ghaddar selepas kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, rayuan itu hanya boleh dikemukakan pada saingan peringkat kumpulan.

“Rayuan kad kuning ini hanya boleh dikemukakan kepada pengelola pertandingan apabila (beraksi) di peringkat kumpulan kerana setiap pasukan memiliki tiga perlawanan.

 “Ini bukan peraturan FAM tetapi peraturan yang dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya pada sidang akhbar anugerah bola sepak negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

 “Ini bukan peraturan FAM tetapi peratu- ran yang dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya pada sidang akhbar anugerah bola sepak negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam..

Dalam perkembangan lain, Azzuddin melahirkan rasa gembira selepas menyaksikan kejayaan Harimau Malaya yang menundukkan Hong Kong 3-0 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Mong Kok kelmarin.

Lebih manis, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menamatkan penantian selama 16 perlawanan apabila merakamkan kemenangan pertama di gelanggang lawan.

“Bagi saya, ini merupakan satu keme- nangan yang ditunggu-tunggu. “Ini kerana, sejak kebelakangan ini, sebelum menewaskan Hong Kong, seba- gai juara bertahan Piala AFF Suzuki, skuad negara menampilkan beberapa keputusan yang kurang menyakinkan.

“Dengan corak permainan yang dipamerkan (ketika menentang Hong Kong), ia akan memberikan keyakinan lebih kepada skuad negara.

“Seperti yang kita maklum, sebahagian pemain-pemain kebangsaan yang berada dalam skuad ATM dan Kelantan tidak dapat ikut serta,” katanya

Kosmo!

No comments:

Post a Comment