Wednesday, October 10, 2012

Kecewa Ditinggal Teman Lelaki, Cuba Terjun Jejantas

Dipercayai terlalu kecewa ditinggalkan teman lelaki, seorang pengawal keselamatan bertindak di luar kawalan apabila nekad untuk terjun dari jejantas di hadapan Kompleks Mahkamah Syariah di Kuala Terengganu,  pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi, wanita berusia 30 tahun dan berasal dari Kluang, Johor itu, dikatakan menaiki jejantas terbabit sebelum cuba bertindak untuk terjun.


Menurut sumber, tindakan wanita itu disedari anggota polis bertugas di Kompleks Mahkamah Syariah, sebelum menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk mendapatkan bantuan.

“Selepas beberapa minit dipujuk polis, janda dua anak itu akhirnya akur dan membatalkan niatnya untuk terjun. “Wanita yang dipercayai kini menyewa di Kampung Pasir Panjang, di Kuala Terengganunu,  dibawa ke IPD Kuala Terengganu untuk disoal siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengalami masalah kemurungan dan kekecewaan melampau kerana ditinggalkan teman lelakinya menyebabkan dia bertindak sedemikian rupa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata, tindakan pantas anggota kenderaan pelbagai guna (MPV) yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menenangkan wanita terbabit seterusnya menghalangnya tindakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

No comments:

Post a Comment