Wednesday, October 31, 2012

Kontrak Effa Owona - PBSNT Cari Pasal Lagi?

Laporan Teganuku kelmarin...Effa Owana dikatakan sah milik skuad Sang Penyu....
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menangani isu pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan lama tetapi dalam masa sama menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, menimbulkan perkara ini selepas pemain importnya Jean-Emmanuel Effa Owona,
 menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.

Apakah isu ini akan meletakkan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam kancah kontroversi lagi?

Mohammad menyifatkan perbuatan menandatangan kontrak baru pada ketika kontrak lama masih terpakai sebagai tidak beretika.

Malah, katanya, jika FAM tidak menanganinya, akan berlaku ‘aktiviti kurang sihat’ dan orang sudah tidak menghormati lagi kontrak.

Jangan jadi penyakit “Kita panggil diri kita liga profesional tapi sebenarnya tidak. Oleh itu, saya minta FAM siasat perkara ini kerana badan itu lebih arif dan terpulang kepada FAM untuk melihat perkara ini supaya ia tidak menjadi penyakit.

“Kalau perlu diperbaiki, diperbaiki... kalau rasa dah ok, terpulanglah. Saya tak cadangkan apa-apa dan saya tak komen apa-apa, tapi bagi saya perkara ini adalah sesuatu yang tidak betul,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona, yang menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.

“Pemain juga perlu sedar bahawa mereka tidak boleh menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain selagi kontrak dengan pasukan lama masih berkuat kuasa.

No comments:

Post a Comment