Wednesday, October 31, 2012

Magic W3 Produk Anak Syarikat Negeri Tembusi Pasaran AS


Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, TOP It Industries Sdn Bhd akan mula menghantar 100,000 unit telefon pintar Magic W3 untuk pasaran ke Amerika Syarikat pada bulan depan (November).


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata telefon pintar itu adalah antara gajet tercanggih dan turut dilengkapi komputer dengan perisian Windows 7 dan dilengkapi dengan pelbagai akses, setanding telefon pintar keluaran syarikat telekomunikasi gergasi yang lain.

"Bulan lepas, 50 unit telefon itu yang berharga US$1,000 seunit (RM3,052) telah dihantar ke AS untuk ujian pihak pengedar di sana di mana sasaran utama produk itu ialah golongan profesional di seluruh dunia," katanya.


Beliau menyatakannya  kepada  pemberita selepas menyerahkan 2,055 unit komputer riba kepada guru Tahun 5 di Stadium Negeri di Kuala Terengganu semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Zakaria Hussin.

Seramai 2055 guru Tahun 5 dari daerah Kemaman (344), Dungun (272) Marang (155), Hulu Terengganu (204), Kuala Terengganu (542) Setiu (206) dan Besut (332) menerima pemberian komputer riba bernilai RM3.6 juta yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar.

Produk Top IT itu mula dilancarkan pada 20 Mac lalu di Primula Beach Resort.

Sebanyak 500 unit telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan, multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet, telah dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan China sejak ia dilancarkan

Katanya, Magic W3 ini merupakan gajet tercanggih di dunia dan dikeluarkan oleh TOP IT Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang beroperasi di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Ahmad Said berkata, telefon berkenaan yang bernilai RM3,000 seunit akan turut dipasarkan ke Eropah di mana sasaran utama golongan profesional di seluruh dunia.
 
Dalam pada itu ketika melancarkan Magic W3 pada 20 Mac di Primula Beach Resort Menteri Besar memberitahu buat permulaan sebanyak 500 unit telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan & Multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet itu, dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan Cina.

“ Kerajaan negeri amat bangga dengan pencapaian tersebut dan berharap telefon tersebut akan mendapat pasaran meluas dalam masa yang singkat,” katanya.

No comments:

Post a Comment