Sunday, October 14, 2012

Lebih 50 Mangsa Ribut Di Kemaman Terima Bantuan


Bagi membantu meringankan beban lebih 50 mangsa ribut di beberapa kampung di sini baru-baru ini, sumbangan segera RM500 setiap seorang bersama barangan dapur disampaikan kepada mereka semalam.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar di Kampung Mak Cili di Kemaman.
 
Bantuan itu ternyata melegakan sedikit mangsa ribut terbabit, yang terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki kerosakan yang dialami itu sedangkan mereka bukan dari kalangan orang senang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mak Cili, Maydin Hassan memberitahu, sepanjang dia tinggal di kampung berkenaan, ribut yang melanda baru-baru ini merupakan paling kuat dan menakutkan.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment