Thursday, October 18, 2012

Lebih 200 Peserta Dijangka Sertai Kenyir Motocross Ahad Ini

Lebih 200 peserta tempatan dan luar negara dijangka mengambil bahagian pada Kejohanan Kenyir Motocross Monsoon Challenge 2012, Ahad ini.

Menurut penganjur, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), setakat ini peserta luar negara yang mengesahkan penyertaan ialah 30 dari Singapura dan empat dari Thailand.

Bagaimanapun, peserta dari Jerman, Australia, New Zealand dan United Kingdom dijangka turut mengambil bahagian sebelum pendaftaran ditutup Sabtu ini, kata pengawai penyelaras kejohanan, Mohd Faiq Mohd Abdul Majid.

Bercakap kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam, beliau berkata kejohanan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM51,350 dalam 11 kategori acara yang dipertandingkan.

Beliau memperjelaskan kejohanan tahunan itu bertujuan mempromosikan Tasik Kenyir buatan manusia itu kepada umum khususnya kepada pelancong dalam dan luar negara.

Antara acara yang dipertandingkan ialah 'expert multi national' iaitu 125cc dua lejang atau 250cc empat lejang bagi pelumba tempatan dan antarabangsa, kategori novis, endurance, veteran dan classic.

No comments:

Post a Comment