Wednesday, October 17, 2012

UMT Hasilkan Protein Tahan Penyakit Untuk Haiwan Mamalia, Akuakultur

Institut Bioteknologi Marin (IMB) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal menghasilkan 'Heat Shock Protein 70' (HSP70), sejenis protein untuk meningkatkan antibodi haiwan mamalia dan akuatik.

Pengarahnya Prof Dr Mohd Effendy Abd Wahid berkata penyelidikan dijalankan dengan kerjasama Fakulti Perikanan dan Akua Industri UMT serta seorang pensyarah pelawat dari Dalhousie University, Kanada.


"Apabila siap kelak, produk itu adalah yang pertama di dunia dan boleh dikomersilkan untuk pengusaha ternakan akuakultur serta haiwan ternakan, khususnya di rantau Asia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Biotech Talk, di Kuala Terengganu hari ini.

Katanya HSP70 yang dihasilkan itu adalah kaedah selamat untuk menambah kandungan protein dalam haiwan akuatik dan mamalia, khususnya bagi memastikan ternakan mereka mempunyai daya tahan penyakit yang lebih kuat.

"Selain itu ia juga boleh mengurangkan stres terhadap haiwan ternakan, ini penting bagi memastikan industri ternakan kambing atau lembu dan akuakultur di negara ini dapat berkembang pesat dengan ternakan tidak menghidapi sebarang penyakit," katanya.

No comments:

Post a Comment