Thursday, October 11, 2012

Lebih 40 40 Regu Sahkan Penyertaan Piala Menteri Besar Terengganu

Lebih 40 regu dari seluruh negara mengesahkan penyertaan pada kejohanan sepak takraw merebut Piala Menteri Besar Terengganu yang akan berlangsung dari 2 hingga 3 Nov ini.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 012-987 9000 untuk maklumat lanjut.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) Mohd Shapian Ali berkata persatuan itu menjangkakan penyertaan akan meningkat kerana masih ada 10 hari sebelum tarikh tutup permohonan.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 untuk johan; RM3,000 naib johan manakala tempat ketiga pula menerima RM1,000, katanya semalam.

No comments:

Post a Comment