Thursday, November 1, 2012
Pembakarabn Terbuka - Empat Kenderaan Rentung
Gara-gara sikap tidak bertanggungjawab, empat kenderaan termasuk tiga buah motosikal rentung dalam satu kebakaran yang dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka berdekatan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 2.25 petang itu, disedari seorang nelayan, Ariffin Ismail, 47, yang dalam perjalanan ke muara sungai selepas pulang menangkap ikan dari laut.
Ariffin berkata, ketika berada di dalam bot, dia ternampak kepulan asap tebal dari arah tebing muara sungai Kuala Dungun berdekatan Kompleks LKIM itu, lalu bergegas ke situ untuk melihat apa yang berlaku.
“Sebaik sampai, saya tidak berani menghampiri tempat kejadian kerana bimbang berlaku letupan.
“Saya lihat api sedang marak memusnahkan kenderaan itu lalu rakan saya menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan kejadian,” katanya yang mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada pembakaran sampah tidak jauh dari lokasi terbabit.
Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun yang sampai beberapa minit kemudian, berjaya mengawal api dari terus marak selain berjaya menyelamatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal yang berada berdekatan.
Kes itu masih dalam siasatan pihak bomba.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment