Monday, October 29, 2012

MB Terengganu Sertai Program Ibadah Korban

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan isteri turut turun padang bersama rakyat jelata untuk memeriahkan program ibadah korban anjuran Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) di Teluk Kalong dekat Cukai, semalam.

EPIC dalam satu kenyataan menjelaskan ini merupakan kali kedua diadakan sejak 2011 dan sebanyak 40 ekor lembu telah dikorbankan dan enam ekor daripadanya telah disumbangkan kepada beberapa surau di sekitar daerah Kemaman.

Program itu turut melibatkan 700 warga kerja syarikat EPIC serta penduduk tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan EPIC Ramli Shahul Hameed turut serta.

No comments:

Post a Comment