Wednesday, October 31, 2012

MMRC Pulau Duyong Penentu Satu Wild Card Pelayar Tempatan


Sebanyak tujuh pasukan pelayar-pelayar tempatan sedang bertungkus lumus dalam persaingan terakhir merebut satu slot peserta wild card mewakili Malaysia bagi acara kemuncak Piala Monsoon di Pulau Duyong, di sini pada 3 hingga 8 Dis ini.

Bagaimanapun pasukan pelayaran negara perlu melalui siri terakhir Sirkit Match Racing Malaysia (MMRC) di Pulau Duyong, di sini pada 28 hingga 30 Nov untuk meningkatkan mata terkumpul daripada keseluruhan empat sirkit sekali gus menaikkan ranking dunia dan dinobatkan penentu juara keseluruhan.

S Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata tiga nama pasukan pelayaran yang mencipta nama di tiga siri MMRC seperti Jeremy Koo, Hazwan Hazim dan Masyuri Rahmat berpeluang merebut slot wild card negarakerana mereka antara mengumpul mata tertinggi.

"Buat masa ini, saingan masih terbuka dan tertumpu antara mereka bertiga di mana hanya satu pasukan negara yang akan mewakili negara dalam kejohanan berprestij bersama 11 lagi pasukan terbaik dunia.

"Oleh itu, juara keseluruhan bagi acara MMRC secara automatik akan layak mewakili Malaysia ke acara Piala Monsun 2012," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar pengenalan Piala Monsun 2012 di sini Selasa.

No comments:

Post a Comment