Wednesday, October 31, 2012

NAFAS Jangka Wujudkan Bank Peladang Menjelang 2020 Bantu Para Ahlinya

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), sebuah agensi awam yang diperbadankan, akan mewujudkan Bank Peladang bagi membantu ahlinya, para peladang di negara ini, menjelang 2020.

Pengurus Dana Peladang Kebangsaan, Nazwan Fauzan berkata pihaknya sekarang sedang mengembleng tenaga untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM100 juta daripada ahli-ahlinya untuk tujuan itu pada tahun ini.


"Insya Allah, kalau semua ahli peladang yang ada di negara ini seramai kira-kira 801,132 orang membayar minimum RM10 seorang sebulan, matlamat tersebut pasti akan tercapai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Dana Peladang Kebangsaan (DPK) kepada jemaah dan pemimpin peladang Terengganu anjuran Nafas di Kuala Terengganu, semalam.

Yang turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Shamsuddin Mat Rani dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Sawalludin Ahmad.

Beliau berkata sejumlah RM700 juta mampu dikumpulkan menjelang 2020 sekiranya para petani di negara ini mampu menyumbang RM10 seorang sebulan.

Katanya Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak akan melancarkan Dana Peladang Kebangsaan itu sempena Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Nafas pada Disember nanti.

No comments:

Post a Comment