Modul Pintar Al Quran yang menjadi teras pembelajaran di Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) berjaya melahirkan kira-kira 2,000 murid yang khatam 30 juzuk al-Quran setiap tahun.
Penolong Pengarah Kanan Pra Sekolah YIT, Wan Aidi Wan Abdul Rahman berkata berikutan kejayaan itu, modul tersebut turut menjadi perhatian negeri lain.
"Pada tahun 2007 hingga 2010, Johor telah mengaplikasi modul ini di Tadika kelolaan Yayasan Johor, malah Tadika YIT cawangan Jalan Pusara di sini kerap menerima kunjungan dari Perlis, Kedah, Selangor dan Pahang yang berminat dengannya.
"Malah delegasi asing termasuk dari Arab Saudi, Mesir dan Indonesia juga pernah datang untuk melihat bagaimana penglibatan guru dan murid ketika sesi pembelajaran diadakan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Bagi memantapkan lagi modul itu, YIT juga telah mengaplikasi kaedah kelas maya bagi modul Quranic Cyber Centre di empat Tadikanya iaitu di Jalan Pusara, Wakaf Tembesu dan Permint Jaya, Kuala Terengganu dan sebuah di Besut.
Wan Aidi berkata melalui kelas maya itu, murid akan membaca al-Quran menggunakan komputer yang dilengkapi perisian pelbagai hukum tajwid dengan pemantauan guru mereka.
"Usaha ini sangat berhasil apabila seramai 400 murid berjaya menghafal surah Yaasin manakala 200 lagi menghafal surah Yaasin beserta terjemahannya.
"YIT sentiasa memberi penekanan terhadap pembelajaran al-Quran kerana aklak murid perlu dibentuk dengan penghayatan kitab suci itu supaya tidak mudah terjerumus dalam masalah sosial yang semakin membimbangkan sekarang," katanya.
YIT bercadang memperluas Quranic Cyber Centre ke lebih banyak Tadika di seluruh Terengganu.
Terbaik! Mari melahirkan generasi Al-Quran!
ReplyDeleteHanif
www.mydigitalquran.com.my