Thursday, October 18, 2012

RM1B Untung, Dividen Tidak Dibayar Kepada Kerajaan


Sekurang-kurangnya sembilan syarikat milik kerajaan persekutuan yang mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut, namun tidak mengisytiharkan atau mencadangkan dividen kepada kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati, syarikat itu mengumpulkan keuntungan terkumpul selepas cukai sebanyak RM943.46 juta.

Pekeliling Perbendaharaan Bil 11 Tahun 1993 menyatakan bahawa bayaran dividen sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai setiap tahun perlu dibayar kepada kerajaan sebagai pemegang saham.

Sekiranya keuntungan lebih diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan dividen perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.

Ketua audit negara telah mengaudit penyata kewangan 47 syarikat yang 50 pegangannya dimiliki kerajaan daripada tahun 2008 hingga 2010.

Laporan itu mendapati 23 syarikat dilaporkan untung sebelum cukai untuk tiga tahun berturut-turut dengan nilai RM255.834 bilion sementara sembilan lagi mengalami kerugian bernilai RM2.446 bilion.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment