Sunday, October 7, 2012

Mohd Hariff, Jupha Muncul Juara Peringkat Kedua GP Perlis

Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Hariff Saleh meneruskan penguasaan pada Kejohanan Berbasikal GP Perlis apabila menjuarai perlumbaan peringkat kedua mengelilingi bandar Kangar sejauh 153.8 kilometer semalam.

Mohd Hariff, yang baru saja menaiki podium keseluruhan pada Tour of Brunei 2012 (ToB 2012) bulan lepas, berjaya menamatkan perlumbaan dengan mencatatkan masa 3 jam 37 minit 03 saat.

Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam satu kenyataan berkata Mohd Hariff mengalahkan pelumba Terengganu Yusrizal Usoff serta pelumba elit kebangsaan yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amir Mustafa Rusli.


"Saya terlalu banyak melakukan pemecahan untuk memastikan TSG terus kekal di depan. Saya rasa sakit sekarang (gara-gara kejang otot) tapi nasib baik saya dapat tahan rasa sakit dan terus menghenjut ke garisan penamat untuk muncul juara," kata Mohd Hariff.

Pelumba wanita elit negara yang mewakili Perlis, Jupha Somnet meneruskan dominasinya apabila merekodkan kemenangan kedua berturut-turut apabila menjuarai perlumbaan peringkat kedua sejauh 106.5km dengan catatan masa 2:57:40s.

Jupha mengatasi seorang lagi pelumba elit negara dari Kedah, Masziyaton Mohd Radzi dengan kelebihan dua saat manakala bekas pemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2005, Noor Azian Alias dari Johor menduduki tempat ketiga.

Keputusan Peringkat Kedua:

Lelaki: 1. Mohd Hariff Saleh (TSG) 3:37:03s 2. Yusrizal Usoff (TRG) +0s; 3. Amir Mustaffa Rusli (PDRM) +0s; 4. Mohd Saiful Anuar Aziz (TSG) +0s; 5. Loh Sea Keong (OCBC) +34s; 6. Mohd Zamri Saleh (ATM) +2:12s; 7. Ahmad Falanie Ali (MAS); 8 Anuar Manan (MSS) +2.12s; 9. Mohd Shahrul Mat Amin (TSG) +2.12s; 10. Suhardi Hassan (MAS) +2:12s

Wanita: 1. Jupha Somnet (PRL) 2:57:40s 2. Masziyaton Mohd Radzi (KDH) +2s 3. Noor Azian Alias (JHR) +2:18s 4. Mariana Mohammad (SEL) +3:32s 5. Nurul Sakinah Abd Karim (MAS) +3:32s 6. Nurul Suhada Zainal (MAS) +4:01s 7. Sian Wilson (KL) +9:24s 8. Nurjeha Iwani Roslan (KDH) +11:06s 9. Nur Ain Mahmood (MAS) +12:55s 10. Farina Shawati Mohd Adnan (SEL) +12:55s

No comments:

Post a Comment