Sunday, October 7, 2012

Najib - Kita Harap FDI Terus Meningkat


Pelabur asing memilih untuk melabur di Malaysia berdasarkan kepada fakta dan bukan atas apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebab mereka memilih Malaysia ialah atas dasar keyakinan bagaimana ekonomi diuruskan dan pada masa yang sama mereka menjadikan Malaysia amat berdaya saing sebagai sebuah destinasi pelaburan, kata beliau.

Dalam separuh pertama tahun ini, Malaysia dilaporkan telah berjaya menarik masuk pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM13.6 bilion.


"Kita berharap yang FDI akan terus meningkat," kata Najib semasa taklimat media di majlis pecah tanah semalam untuk Loji Bio-Metionina dan Tiokimia bersepadu bernilai RM2 bilion di Taman Biopolimer Kerteh, di Kemaman.

Mengulas mengenai beberapa isu daripada belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, beliau berkata terdapat beberapa pendapat yang mengatakan kerajaan telah memberikan banyak ganjaran sampingan walhal tidak mempunyai wang yang cukup.

"Kita tidak akan berbuat demikian melainkan kita ada wang yang mencukupi," tegas beliau. "Inilah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya tetapi pada masa yang sama, turut bertanggungjawab secara fiskal.

Kita tidak berikan sesuatu sekiranya kita tidak mampu berbuat demikian,"

Belanjawan itu yang direka untuk meningkatkan pelaburan, turut mengambil kira keperluan masa depan negara, kata beliau.

"Ia adalah belanjawan yang mengukuhkan daya tahan dan daya saing ekonomi domestik."

Dari segi subsidi, beliau berkata, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, ia adalah berdasarkan yang ia tidak akan menyusahkan rakyatnya.

Sehubungan itu, rancangan skim subsidi itu ialah mengurangkan subsidi berperingkat-peringkat tetapi tidak menambah beban kepada rakyatnya.

"Kita akan memulakan lebih banyak kepada subsidi yang disasarkan," kata Najib.

No comments:

Post a Comment