Hafizuddin (kiri) dan Cheong Tat berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Taiping semalam. |
Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati mandatori.
Turut menghadapi pertuduhan sama, seorang penyelia syarikat di Pulau Pinang, Cheah Cheong Tat, 23.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki terbabit didakwa merompak RM1,235,715 milik syarikat Safeguards G4S Sdn. Bhd. dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Hasnol Hafiz Saad, 28.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan pasar raya besar Giant, Jalan Tekah-Aulong antara pukul 2.20 hingga 3.25 petang, 18 September lalu.
No comments:
Post a Comment