Wednesday, October 17, 2012

Penuntut UniSZA Ungguli Larian Hijau Kategori Lelaki


Tiga penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mengungguli kategori lelaki bagi institusi pengajian tinggi (IPT) dalam program Larian Hijau 2012 di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pada program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di Teluk Ketapang itu, Muhammad Kodri Abu Bakar, Muhammad Nor Amirul Ahmad Nahar dan Suriadi Abd Rauf masing-masing menerima hadiah wang tunai, medal serta sijil penyertaan.


Kategori wanita IPT pula dikuasai pelari dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Nur Farizah Radzi manakala Mohd. Khairul Anan Azizan dan Fatin Nabila Mohd. Latifi dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu pula menang bagi kategori pelajar sekolah lelaki dan perempuan.

Penolong Ketua JAS negeri, Dr. Zainab Zubir berkata, acara yang pertama kali sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) itu disertai kira-kira 500 peserta.

Katanya, program itu bertujuan membudayakan gaya hidup sihat selain menyemai semangat cintakan alam sekitar khususnya dalam kalangan belia.

"Penyertaan yang kita terima bukan sahaja amat menggalakkan malah mencapai sasaran awal dengan 500 penyertaan melibatkan masyarakat setempat, pelajar IPT serta pelajar sekolah dari daerah ini.

"Insya-Allah dengan sambutan yang sebegini hebat, kita akan terus menganjurkan acara Larian Hijau ini pada masa depan dengan penyertaan lebih ramai dan hadiah yang menarik," ujar beliau.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment