Wednesday, October 17, 2012

Projek Ternakan Kambing Boer PPNT Beri Pulangan RM207,754 Tahun Lepas

Gambar Hiasan...Kambing Boer Jantan.
Projek ternakan kambing jenis "Boer" yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Tererengganu (PPNT) berjaya menyumbang keuntungan sebanyak RM207,754 kepada pertubuhan itu pada tahun lalu.

Pengerusi PPNT Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata pendapatan itu dicapai menerusi penjualan kambing, anak kambing dan juga baja organik kambing dari ladang di Kampung Pelam Telemong, Hulu Terengganu.


"Projek ini mula beroperasi pada Disember 2006 melalui peruntukan pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berjumlah RM400,000 dengan induk berjumlah 2,000 ekor dan 10 ekor kambing penjantan," katanya semalam.

Wan Zakaria berkata, kerjasama antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan PPNT telah berlangsung dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak bagi melaksanakan program pembiakan kambing Boer milik Mardi sebanyak 200 ekor yang telah diterima pada akhir 2009.

Katanya program itu masih di dalam tahap percubaan dan sentiasa dipantau oleh Mardi bagi memastikan amalan penternakan baik diamalkan oleh penternak di di ladang kambing berkenaan.

No comments:

Post a Comment