
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, A Razak Sulaiman berkata, ia adalah satu alternatif kepada usahawan di bawah YPU untuk memperluaskan jaringan maklumat perniagaan mereka melalui capaian portal ini secara elektronik.
"YPU akan memasukkan data usahawan melalui kad bisnes yang diberikan dan pengguna dari seluruh negara boleh mengakses bagi mendapatkan kad bisnes tersebut serta maklumat tambahan tentang sesuatu syarikat serta produk.
"Melalui portal ini, YPU akan mewujudkan satu pangkalan data yang lengkap mengenai senarai usahawan yang menyediakan perkhidmatan berasaskan makanan, pembuatan, pengangkutan, pertanian serta pelancongan di negeri ini,"katanya.
Tambahnya, YPU memanfaatkan peluang penggunaan internet untuk membantu para usahawan meluaskan promosi perniagaan mereka dan seterusnya dapat mencapai pasaran ke peringkat global dengan mudah dan berkesan.
Katanya, seramai 1,400 usahawan di seluruh negeri telah mendaftar dalam portal SUT yang diwujudkan sejak awal tahun ini.
"Saya harap lebih ramai usahawan dapat memberikan butiran syarikat mereka untuk dimasukkan ke dalam portal SUT kerana ini merupakan peluang bagi memasarkan produk mereka malah pemasaran melalui internet jauh lebih murah berbanding kos yang melibatkan promosi luar dan pengiklanan,” katanya
No comments:
Post a Comment