Wednesday, October 17, 2012

Puteri UMNO Terengganu Bersiap Hadapi PRU13

Bagi memastikan Terengganu kekal di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), semua jentera BN dilihat semakin sibuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU 13), termasuk Pergerakan Puteri UMNO negeri.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, Nordiana Datuk Shafie berkata, pihaknya bertangungjawab menjaga bahagian Teknologi Maklumat (IT) ketika hari pilihan raya nanti.

“Sebagai persiapan awal, lima orang petugas di setiap peti undi telah mengikuti kursus IT untuk melancarkan proses mengemaskini daftar pemilih di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami turut bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO negeri untuk mengenal pasti pengundi pertama kali atau dikenali sebagai ‘first timer vouters’ dan proses kemaskini data selanjutnya dijangka akan dibuat pada 3 November depan bermula dengan daerah Marang,” ujar beliau ketika dihubungi Teganukita semalam.

Walaupun sibuk dengan bahagian IT, Puan Nordiana dan ahli pergerakannya sentiasa mencuri masa untuk mendekati masyarakat setempat.

“Kami akan mengadakan lawatan ke hospital dan pelbagai program yang melibatkan ahli sebagai aktiviti sampingan untuk mengeratkan hubungan dengan orang ramai dan sesama ahli,” katanya.

“Selain menganjurkan program dan membuat aktiviti di peringkat pergerakannya, Puteri UMNO Terengganu turut membantu jentera parti yang lain seperti terlibat secara langsung dalam pembahagian dana remaja untuk mereka yang layak baru-baru ini,” ujar beliau.

Teganukita

No comments:

Post a Comment