Tiga lot kedai menjual pakaian yang terletak di tingkat satu Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah malam semalam.
Kebakaran kira-kira pukul 12.35 tengah malam itu disedari seorang pengawal keselamatan yang terhidu bau asap ketika berada di tingkat bawah dan bergegas naik untuk membuat pemeriksaan.
Menurut pengawal terbabit, Ahmad Azelan Abdullah, 38, dia nampak api sudah marak di salah satu kedai itu sebaik sahaja dia naik ke atas untuk memeriksa bau asap tersebut bersama seorang rakan.
"Ketika itu saya bersama seorang rakan sedang minum. Selepas nampak kebakaran itu, saya segera berlari ke balai bomba berhampiran kerana bimbang kebakaran itu akan merebak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment